Jumaat yang lalu (13 Julai, 28 Jamadilakhir) mak dah balik semula setelah hampir tiga bulan tinggal bersama kami. Sedih sangat rasanya. Tapi takpelah, adat pertemuan mesti ada perpisahan. Beratnya melepaskan mak pergi. Adam tidur nyenyak tatkala mak masuk ke balai berlepas. Mudah2an ada rezeki lagi berjumpa dengan mak selepas ni. Tapi takpelah, di kampung mak ada adik beradik, anak-anak dan cucu-cucu yang lain. Kawan-kawan, jiran tetangga pun ramai. Bunga-bunga mak tanam pun mesti tunggu-tunggu jugak mak pulang. Kereta iswara mak pun dah lama mak tak cuci sendiri. Masjid pun mak dah lama tak pergi. Apatah lagi KOMPAS dekat Jalan Jepun. Mesti mak pun rindu semua tu kan. Em, kalau tak rindu tak meriah pulak hidup ye tak.
Uh, bermula kehidupan sebenar aku sebagai seorang ibu kepada Adam dan isteri kepada Aznan. Bukan apa, sejak mak sampai tiga bulan lalu dengan suami dan Adam, mak banyak bagi sokongan kepada aku contohnya masak-memasak di dapur, tolong masukkan baju kotor dalam mesin basuh, tolong jemurkan baju, tolong lipatkan baju, tolong simpan baju dalam almari, dan yang paling penting sekali tolong jagakan Adam. Sampaikan nak tidur pun kami bertiga (mak, aku dan Adam) mesti kena baring sama-sama. Kalau tidak sampai ke sudah Adam tu tak tidur-tidur. Tapi alhamdulillah, saat ini universiti aku cuti musim panas. Bolehlah aku ambik masa berlatih jaga Adam, belajar jadi ibu dan isteri yang baik. Ehem..bukan senang tau. Adam pun budak yang pandai. Awal-awal lagi kami dah bagitau Adam, nenek akan balik ke Malaysia semula. Bukan apa, Adam dah tinggal dengan nenek 10 bulan lamanya. Mungkin Adam pun terasa kehilangan nenek. Tapi alhamdulillah Adam takde masalah. Layankan saja kerenahnya..
Musim panas di Belanda ni bagi aku tiada apa yang peliknya. Di sini memang banyak hujan pun. Jadi selang dua atau tiga hari, hujan turun. Kadang-kadang bila berjalan memanglah leceh sikit. Tapi apelah yang nak dirungutkan sangat ye tak. Yang paling penting bagi aku, bila tinggal di negara orang ni, asalkan cukup makan, pakai, mudah nak solat itu pun dah cukup. Ha, cakap soal solat. Memang terkejut juga aku pada mulanya. Masuk musim spring siang semakin panjang, malam semakin pendek. Jadi waktu solat pada siang hari memang panjang. Lebih kurang pukul 5 pagi dah terbit matahari, 1 tgh hari zuhur, 6 petang asar, 10 malam maghrib, 3 pagi subuh. Bila malam tu yang aku rasa susah sangat. Aduh, betullah solat tu memang berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. Memang banyak yang aku mesti belajar, mesti cuba perbaiki.
Cuti cuti! Nak jalan-jalan? Memang nak. Kami sedang cari tiket dengan harga berpatutan ke destinasi pilihan kami. Bukanlah nak holiday sangat. Bukan banyak sangat duit pun. Cuma bila dah berada di benua Eropah ni, apa salahnya melawat-lawatkan. Kalau dah pulang ke Malaysia lagi harapan sangat tipis nak jalan-jalan ke Eropah. Kalau ada rezeki kami nak ke Sepanyol, Turki, United Kingdom, Switzerland dan Paris. Ini senarai destinasi pilihan..kalau mampu naklah pergi. Tapi kalau tak mampu duduk jelah rumah ye tak. Cuma bila jalan-jalan ni, walaupun dalam Belanda, aku selalu doa supaya akan jumpa tempat nak tunaikan solat, dan makanan halal. Itu yang paling penting. Dalam bab ni, aku sangat sayangkan Malaysia, tanah tumpah darahku (masa lahirkan Adam banyaklah darah tertumpah), tapi tak tau lagi ajal di mana kan. Em, kerana, di Malaysia aku boleh jalan-jalan dan ada banyak masjid boleh aku singgah dan banyak sangat kedai makanan halal yang boleh aku makan di situ. Mungkin aku belum pernah ke negara majoriti rakyat Islam yang lain macam Arab Saudi, Jordan, mungkin di sana pun mudah jugak ye.
Itu sahaja celoteh aku buat masa ni. Aku nak ke dapur sediakan kuih popia untuk keluarga ku.
Wassalam.